Saturday, 24 November 2012

Peribahasa


PERIBAHASA
A
  1. Adu domba -menyebabkan dua belah pihak berkelahi
  2. Air muka -wajah/maruah
  3. Anak buah -anak buah/orang di bawah jagaan ketua
  4. Ayam Berak Kapur -Rupa pucat kerana menghidap penyakit
B
  1. Bagai aur dengan tebing -bekerjasama
  2. Bagai bulan dipagarkan bintang -seorang wanita yang cantik
  3. Bagai enau di dalam belukar -
  4. Bagai Ikan Pulang Ke Lubuk -Seseorang yang pulang ke tempat asal
  5. Bagai mendukung biawak hidup -menanggung beban yang menyusahkan
  6. Bagai buntal kekenyangan -bodoh dan sombong tetapi bercakap 
  7. Bagai denai gajah lalu -rahsia tidak dapat disembunyikanBagai cicak makan kapur -mendapat malu atas kesalahan yang dilakukan sendiri 
  8. Bagai badak terendam -orang yang gemuk dan malas 
  9. Bagai abu di atas tunggul -keadaan yang tidak tetap dan sentiasa berubah
  10. Bagai dihiris dengan sembilu -pedihnya rasa 
  11. Bagai dakwat dengan kertas -tidak boleh berpisah
  12. Bagai beliung asahan -persahabatan yang sangat 
  13. Bagai berumah di tepi tebing -sentiasa dalam kegelisahan
  14. Bagai anjing buruk kepala -dibenci oleh masyarakat kerana kejahatannya
  15. Bagai ayam mengeram telur -seri muka seorang perempuan
  16. Bagai ayam dimakan tungau -orang yang kurus dan pucat
  17. Bagai itik pulang petang -berjalan lambat
  18. Bagai pinang dibelah dua -pasangan yang serasi
  19. Baik hati -
  20. Berbulan madu -Suasana bahagia selepas berkahwin @ pergi melancong selepas upacara perkahwinan
  21. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian -Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal
  22. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat -
  23. Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga -
  24. Bersatu kita teguh, bercerai roboh -
  25. Bagai mencari belalang di atas akar -
C
D
  1. Dahi licin -perempuan cantik
  2. Di mulut sahaja -bohong
  3. Di tengah terang -sangat jelas
E
  1. Embun jantan -embun yang besar-besar
F
G
  1. Gila-gila bahasa -gila sedikit
  2. Gulung tikar -jatuh dalam perusahaan
H
  1. Hempedu lekat di hati -tidak dapat dpisahkan
  2. Hutang darah -menuntut bela dengan nyawa
  3. Halwa telinga -irama muzik yang indah
I
  1. Intan terpilih -orang yang sangat istimewa
J
  1. Jilah kening -Riang gembira
K
  1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai -
  2. Kerang busuk -tersengih-sengih tanpa sebab
L
  1. Lidah bercabang -percakapan yang sering berubah
  2. Lidah pendeta -kata-kata hikmat
  3. Laksana batik lasam -semakin lama digunakan semakin baik
  4. Laksana wau melawan angin -orang yang lemah berlawan orang yang berkuasa
  5. Lembut gigi daripada lidah -Kata-kata yang begitu lembut
  6. Lembu punya susu, sapi dapat nama -Orang lain berusaha, orang lain mendapat nama
  7. Laksana daun keladi dimandikan -tidak mempunyai kesan
  8. Laksana mencari sungai tiada berhulu -Berpenat lelah dengan sia-sia sahaja
  9. Laksana mengajar anak harimau -Mengajar anak orang yang terpelajar, lekas pandai
  10. Laksana wau melawan angin. -Perbuatan yang sia-sia.
M
  1. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya -Melatih anak biar daripada kecil
  2. Melepaskan pucuk masing-masing -
  3. Minyak setitik di laut timbul juga -
  4. Makan angkat -orang yang suka dipuji
  5. Mata petai -tidak dapat melihat dengan jelas
  6. Muka tembok -tidak tahu malu
  7. Meniup api di atas air -
N
O
P
R
  1. Raja sehari -pengantin
S
  1. Seperti sampah hanyut -melarat dan miskin
  2. Seperti pacat kenyang -lepas makan di rumah orang, terus pergi
  3. Seperti ikan dalam belat -terlalu sesak
  4. Seperti gunting dalam lipatan -membuat jahat atu membinasakan kawan dalam senyap
  5. Seperti duduk dalam duri -resah gelisah
  6. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain -
  7. Samar muka -Awal pagi ataupun lewat senja
  8. Seperti kera dengan monyet -serupa sahaja
  9. Seperti kera kena belacan -gelisah
  10. Seperti kunyit dengan kapur -mudah nesra
  11. Seperti mayat -terlalu pucat
  12. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna -Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal
T
  1. Tikam dari belakang -Belot
  2. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga -
  3. Umpana kiambang di air, akar tidak jejak di bumi -Tidak tetap pada suatu tempat.
  4. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan -
  5. Teluk rantau -daerah di sekeliling
  6. Telinga nipis -cepat marah
  7. Tanda mata -hadiah untuk kenangan
U
  1. Umpama bunga, sedap dipakai, lalu dibuang -disayang waktu masih cantik sahaja
  2. Umpama pisau di tangan kanan,timun di tangan kiri -lemah dan tidak terdaya melawan orang berkuasa
  3. Umpama hendak menepung tidak berberas -membuat kerja tidak cukup syarat
  4. Umpama jari di tangan ada cincin –nasib seseorang itu tidak serupa
W
  1. Wang muka -wang pendahuluan

Soalan Peribahasa

Soalan Peribahasa
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1.  "Kamu jangan cuba jadi __________, nanti buruk padahnya," kata Asri kepada Jamil.

A. batu api
B. cakar ayam
C. angkat bakul
D. ayam tambatan

2.  Ibu dan ayah saya tidak pernah __________ terhadap kami adik-beradik.

A. pilih kasih
B. sampai hati
C. makan angin
D. campur tangan

3.  Kami menerima cadangan itu dengan __________ demi kebaikan bersama.

A. tebal telinga
B. keras kepala
C. ringan tangan
D. tangan terbuka

4.  Keputusan Doktor Hasbulah untuk pulang ke kampungnya dan membuka sebuah klinik di situ bagai __________.

A. ayam dimakan tangau
B. sirih pulang ke gagang
C. telur di hujung tanduk
D. mendukung biawak hidup

5.  Puan Aminah __________ setelah suaminya meninggal dunia.

A. batu api
B. patah kandar
C. pekak badak
D. masuk akal

6.  "Janganlah kamu __________ dengan kejayaan orang lain," pesan Cikgu Hisham kepada anak muridnya.

A. berat hati
B. ada hati
C. iri hati
D. isi hati

7.  Mak Tom selalu __________ sejak kematian anak tunggalnya itu.

A. naik tangan
B. pasang telinga
C. senyum kambing
D. berendam air mata

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

8.  Anak gadis Pak Hamid itu __________. Ramai pemuda yang menaruh hati terhadapnya.

A. cantik seperti raja
B. cantik seperti merak
C. cantik seperti berlian
D. cantik seperti bidadari

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

9.  Jika kita banyak membaca, __________ kita akan bertambah kuat dan matang.

A. daya fikir
B. otak udang
C. mulut murai
D. muka tembok

10.  "Kamu mesti membayar __________ atas kehilangan duit itu," kata Ah Seng kepada Rajan.

A. cari jalan
B. ganti rugi
C. durian runtuh
D. langkah kanan

11.  Pekerjaannya di restoran itu sebagai _________ ke arah membuka perniagaannya sendiri pada suatu masa nanti.

A. batu api
B. lepas tangan
C. dapat terpijak
D. batu loncatan

12. Seseorang yang telah tertipu sekali akan sentiasa beringat pada masa hadapan.
A. patah tumbuh hilang berganti
B. pisang takkan berbuah dua kali
C. alah bisa tegal biasa
D. memikul biawak hidup Jawapan :

13.  Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
A. alang-alang mandi biar basah
B. hangat-hangat tahi ayam
C. alang-alang menyeluk pekasam
D. makin murah makin menawar Jawapan :

14.  Seseorang yang tidak mempunyai harta benda.
A. kain sehelai sepinggang
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. retak menanti belah
D. berkerat rotak berpatah arang Jawapan :

15. Kamu melakukan kebajikan, tetapi orang lain pula yang mendapat nama.
A. yang sejengkal tidak boleh menjadi sehasta
B. lembu punya susu sapi dapat nama
C. memikul biawak hidup
D. lain bengkak lain menanah Jawapan :

16. Seseorang itu mendapat kesenangan jika rajin berusaha
A. ringan tulang berat perut
B. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
C. nasi sudah menjadi bubur
D. segan bertanya sesat jalan Jawapan :

17. Sesuatu yang hilang akan berganti akhirnya.
A. zaman beralih, musim bertukar
B. patah tumbuh hilang berganti
C. sekali air bah, sekali pantai berubah
D. indah khabar daripada rupa Jawapan :

18. Encik Vicky dan Puan Cindy ________ apabila berjalan bersama.
A. ada padi semua boleh jadi
B. ada udang sebalik batu
C. nasi sudah menjadi bubur
D. bagai pinang dibelah dua Jawapan :

19.  Zaiman akan menyimpan satu perempat daripada gajinya setiap bulan kerana dia berpendapat ……………………..
A. lembut gigi daripada lidah
B. beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
C. nasi sudah menjadi bubur
D. patah tumbuh hilang berganti Jawapan :

20.  Ratnam mengambil keputusan tidak mahu aktif dalam kegiatan sukan lagi kerana dia tidak mahu pelajarannya terabai seperti …………………
A. yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran
B. tua-tua keladi, makin tua makin menjadi
C. bagai enau dalam belukar
D. sekali jalan kena, dua kali jalan tahu


Video Peribahasa


Disediakan oleh

MUHAMMAD HYFFNY BIN EJOM



Pengenalan

Peribahasa asas disediakan untuk membantu para pelajar sekolah rendah mengenal dan mempraktikkan peribahasa dikalangan pelajar. pemilihan peribahasa didasarkan kepada empat jenis peribahasa, iaitu pepatah, perumpamaan, bidalan serta simpulan bahasa.Kerana itu,blog ini  disusun mengikut abjad untuk memudahkan murid menyemak dan mencari simpulan bahasa yang dikehendaki.Ini juga memudahkan murid untuk merujuk dengan segera dan tidak mengaambil maasa yang panjang untuk tujuan itu.
Setiap peribahasa asas yang dimuatkan di sini  disertakan  sekali dengan contoh ayat supaya pelajar memahami dan mengetahui bagaimana peribahasa itu digunakan.
Harapan saya dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu mrid-murid sekolah rendah memahami dan mdan dapat menggunakannnya dalam pertuturan harian ataupun dalam penulisan.